Farik Kamil dan Boy Iman gelaran Datuk dibatalkan Istana Pahang - Foto FMT |
Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman dibatalkan | Farid Kamil serta Boy Iman masing-masing ditarik balik gelaran Datuk berkuat kuasa 1 Feb lalu.
KUANTAN: Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit, Farid Kamil serta Boy Iman antara yang ditarik balik dan dibatalkan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Sallehuddin yang juga pendaftar darjah kebesaran negeri berkata perintah tersebut dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Feb lalu.
Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A. Rahman merupakan penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sebelum ini.
Tiada alasan penarikan gelaran itu diberikan, namun difahamkan semua individu terlibat pernah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti jenayah, menipu dan rasuah.
Berikutan dengan itu, Farid dan Boy Iman tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-undang Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Pada 18 Ogos 2019, Kerajaan negeri Pahang mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri, yang antara lain menyatakan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.
KLIK BACA: Farid Kamil hormat gelaran Datuk ditarik balik.