Mogana dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Pilah, hari ini. - NSTP Abnor Hamizam |
Seorang suri rumah dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri wang tunai bernilai RM50,000 pada 21 Januari lalu.
Majistret Saiful Sayoti menjatuhi hukuman itu ke atas D Mogana, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki kediaman seorang warga emas berusia 78 tahun dan mencuri wang tunai bernilai RM50,000, di Taman Bahagia Delima, di sini, kira-kira jam 7 pagi 21 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, mangsa dilaporkan kehilangan hasil wang simpanan daripada pencen mendiang suaminya.
Hasil risikan maklumat, pihak polis mendapati suspek adalah jiran mangsa serta didakwa melarikan wang tunai terbabit ke ibu negara dan membelanjakan sebahagiannya untuk membeli barang kemas, manakala baki diserahkan kepada ibu mentua dengan alasan menang loteri. - BHOnline
KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah