Ebit Lew mengajar syahadah kepada 157 suku Bajau Laut di Pulau Tatagan Semporna - Foto Facebook |
Ebit Lew dalam perkongsiannya di Facebook petang ini memberi khabar gembira dan sedih kerana berjaya mengajar agama Islam kepada suku Bajau Laut di Semporna, Sabah.
Menurut Ebit mereka mendatanginya tanpa dipaksa dan setuju mengucapkan kalimah syahadah.
Berikut tulis Ebit Lew di laman Facebook beliau hari ini: -
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini tanpa paksaan dengan kerelaan.
Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara.
Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.
Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna. -

Sumber: Ebit Lew Facebook Rasmi
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul
Ebit Lew Free Malaysia Today Google News Tag Harian Metro Islam Malaysiakini BM Melayu Sinar Harian