Adam Loh, BK Tan cipta sejarah penerima pertama vaksin Covid-19

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:03 PG

 Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencipta sejarah tersendiri apabila anggotanya menjadi penerima sulung suntikan vaksin Covid-19 bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir semalam memberitahu, Naib Ketua AMK Kedah, Adam Loh dan BK Tan dari AMK Sungai Petani menjadi individu yang pertama dan kedua di negara ini yang menerima suntikan itu.

“Mereka telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri sebagai sukarelawan kajian ini dan berani mengambil risiko supaya negara kita dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada Covid-19,” katanya. - MalaysiaDateline

DIKEMASKINI 1/2/21 - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan tular yang mengatakan seorang sukarelawan bernama Adam Loh, adalah individu yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.

KKM menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, berita tular itu telah disalah tafsir yang mana individu berkenaan sebenarnya telah menerima vaksin kajian dan bukannya vaksin COVID-19.

“Tersebar grafik di atas dalam media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin COVID-19. Gambaran grafik tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, beliau merupakan sukarelawan yang pertama menerima vaksin kajian COVID-19, dan bukannya vaksin COVID-19,” kata KKM seperti dilapor Astro AWANI.

Jelas KKM, menurut tatacara kajian klinikal, sukarelawan tersebut berkemungkinan menerima vaksin sebenar ataupun plasebo.

Oleh itu, menurut KKM, penerima vaksin COVID-19 yang pertama di negara ini masih belum ditentukan.

“Adalah menjadi harapan KKM, pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.

“Pihak yang menularkan grafik tersebut diminta menghentikan sebaran dan memadamnya bagi mengelak kekeliruan terus berlaku di kalangan orang ramai,” kata kenyataan itu. 


KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul