KKM Sahkan Caj Rawatan Gigi Naik Mulai 1 Mac ini Bagi 'Pesakit Berkemampuan'

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:51 PG

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac ini.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan berkata caj itu hanya dinaikkan bagi 'pesakit yang berkemampuan'.

"KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

"Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2)." tulis kementerian itu di Facebook hari ini.

BH Online melaporkan, kadar baharu itu terkandung dalam surat pemberitahuan dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua

Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 seperti yang viral dalam media sosial sejak kelmarin.

Menerusi pekeliling itu, difahamkan perkhidmatan cabutan gigi yang bercaj RM1 akan dinaikkan kepada RM 15 manakala caj cuci gigi meningkat dari RM 2 kepada RM 55 dan tampalan pula meningkat dari RM2 kepada RM25.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kadar baharu itu yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Mac depan.  - BH Online

KLIK BACATrump pecat peguam negara belajar dengan siapa?