Cuba mencabul atas motor, lelaki ditendang mangsa lalu terbabas

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:07 PTG

BALING — Gara-gara mencabul di atas motosikal, seorang lelaki di sini dimasukkan ke hospital selepas disepak mangsa di tempat kejadian.

Ketua polis Baling berkata lelaki berkenaan kini terlantar di wad Hospital Sultan Abdul Halim selepas motosikal dinaikinya terbabas melanggar tiang elektrik.

“Ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal untuk pulang ke rumahnya di kampung tersebut.

“Dia kemudiannya perasan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki mengekorinya.

“Tanpa diduga, lelaki tersebut menghampirinya dan memegang payudara mangsa.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa terkejut dan bertindak mempertahankan diri dengan menendang motosikal suspek,” kata Supt Syariffuddin Yusof kepada Utusan Malaysia.

Syariffuddin berkata mangsa yang berusia berusia 23 tahun itu diganggu di Kampung Cicar, Kuala Ketil pagi tadi.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.