Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Amanah sepatutnya tidak perlu menggunakan media untuk mengutarakan kemahuan mereka kepada Bersatu.
"Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada Bersatu apa yang mereka mahu.
"Saya anggap ia tindakan tidak wajar," katanya kepada Sinar Online.
Kata Mahfuz, Amanah tidak perlu mengingatkan Bersatu untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab Bersatu untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan.
"Oleh kerana Bersatu sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan.
"Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan Bersatu secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan Pas," katanya lagi.
KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun - Raja Bahrin