Wanita Ini Juruterbang Pertama Di Dunia Tanpa Tangan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:35 PTG
Jessica Cox pilot wanita tanpa tangan - Gambar Barcroft Media
Seakan tidak percaya wanita tanpa tangan ini mampu bergelar juruterbang. Walaupun dilahirkan tanpa mempunyai tangan, wanita cantik ini mempunyai bakat luar biasa dan menyaingi orang-orang yang dilahirkan normal.

Wanita yang dikenali sebagai Jessica Cox bukan hanya seorang juruterbang malah dia boleh menyisir rambutnya sendiri, bercakap di telefon, menulis 25 kata per minit, menaip, menari, mempunyai tali pinggang hitam taekwondo dan mampu memandu kereta sendiri.

Ketika ibu Jessica mengandungkan beliau, ujian kehamilan tidak menunjukkan sebarang masalah dengan pada janin. Sayangnya, Jessica dilahirkan dengan penyakit misteri yang jarang berlaku. Namun keadaannya itu seakan tidak mematahkan semangat Jessica.

Wanita yang lahir pada 2 Februari 1983 tersebut mempunyai Sarjana Psikologi dari University of Arizona, Amerika Syarikat.
[ads-post]


Jessica boleh menerbangkan kapal terbang khusus jenis Ercoupe yang dibuat serta disahkan tanpa pedal. Dengan pesawat tanpa pedal, Jessica boleh menggemudi dengan menggunakan kakinya untuk menggantikan fungsi tangan pada kemudi.

Ia memerlukan masa 3 tahun lamanya bagi memperoleh lesen pesawat ringan tersebut. Jessica mempunyai 3 pengajar terbang dan sudah menjalankan latihan selama 89 jam terbang.

Kemampuannya yang menakjubkan itu membuat Jessica Cox menjadi juruterbang wanita pertama tanpa tangan.