Tak sangka, penculik rupa-rupanya

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1:16 PG



Tawau: Kapten kapal tunda Massive 6, Herwandi, 38, menyangka bot laju yang memintas kapal mereka adalah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagaimanapun, selepas diteliti menggunakan teropong, didapati sekumpulan individu memakai topeng menuju ke kapal mereka sebelum melarikan empat kru kapal berkenaan di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.

Menurut Herwandi, dia tidak menyangka mereka adalah kumpulan penculik sebelum kapal mereka diserbu empat lelaki bertopeng dan bersenjata api
.
"Ketika itu, Wong Teck Kang (salah seorang mangsa culik) menggunakan teropong dan menyangka ia adalah APMM dan saya segera membuat senarai kru seperti biasa yang diminta namun ketika bot itu sudah semakin dekat, mereka adalah orang lain.
[ads-post]

"Mereka hanya menggunakan bahasa isyarat dan kami sempat bertanya mereka mahu apa namun mereka tidak berkata apa-apa sebelum terus masuk ke dalam kapal bertemu dengan Wong .
 Mereka kemudian minta empat anak kapal mengikut mereka termasuk Wong," katanya.

Herwandi berkata, selepas empat kru kapal itu dibawa, dia segera memaklumkan kepada majikan bahawa kapal mereka dipintas dan empat orang dilarikan kumpulan terbabit.- Harian Metro