Lelaki dipenjara kerana hantar emoji pistol

Ana Ghoib Syeikh Malaya 2:07 PG

VALENCE - PERANCIS: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menghantar emoji pistol kepada bekas teman wanitanya, lapor Metro.uk

Emoji pistol kecil yang disertai mesej teks dilihat sebagai 'ancaman kematian dalam bentuk imej' oleh mahkamah di Valence, Perancis.

Bilal Azougagh, 22, mengaku bersalah menghantar mesej yang mengandungi emoji pistol pada musim panas 2015.

Menurut peguam wanita itu, mesej tersebut menyebabkan anak guamnya itu takut ke bandar dan mengalami mimpi buruk.

Walupun pihak pembelaan menyatakan keraguan mengenai kesan yang dihadapi, mahkamah berpihak dengan gadis itu, yang menyatakan emoji pistol yang dihantar lelaki itu boleh dianggap sebagai 'ancaman'.

Azougagh turut diarah membayar £ 792 (RM 4,433) sebagai ganti rugi.

Walaupun Perancis tidak mempunyai undang-undang mengenai emoji, hakim menganggap kesalahan tersebut disabitkan di bawah artikel 222-17, penal kod di Perancis yang meliputi ancaman bunuh.
[ads-post]