Lelaki ditemui mati terbakar di ruang tamu

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3:02 PG

Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumahnya di Taman Cempaka di sini pagi tadi.

Mayat Chong Fu Wah, 59, ditemui di ruang tamu oleh adiknya, Chong Foo Seng 50-an pada pukul 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, Foo Seng yang tinggal kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian datang ke rumah berkenaan selepas abangnya gagal dihubungi.

"Abang mangsa datang ke rumah selepas lelaki itu tidak menjawab panggilan telefon lebih kurang pukul 9 pagi tadi.

"Pasukan Forensik telah menjalankan siasatan dan mayat mangsa dibawa ke bawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat," katanya.

- Kosmo!