Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan stabil selepas dipercayai dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.
Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za’aba Baba berkata pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut untuk mendapat rawatan pada pukul 5.20 petang tadi.
“Pesakit telah diperiksa dan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh pakar kecemasan dan sedang menerima rawatan lanjut di unit rawatan rapi.
“Keadaan pesakit stabil dan dibantu dengan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Petrovski, 18, merupakan pemain remaja kelab Sydney Olympic FC di Australia sebelum memilih bermain untuk MU pada musim ini.
[ads-post]
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kejadian itu berlaku ketika pemain Melaka United bersurai setelah menamatkan latihan.
“Ini merupakan kejadian yang langsung tidak dijangka kerana pada masa itu tiada hujan lebat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Perdana Melaka United menentang UiTM FC di Stadium Hang Jebat di sini malam ini.
Beliau berkata keluarga mangsa yang kini berada di Australia dan Portugal telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan dijangka sampai di negara ini malam esok.
Idris berkata Melaka United akan menyediakan tiket penerbangan serta kemudahan yang perlu kepada keluarga Petrovski untuk melawatnya.
Sehubungan itu, katanya Melaka United akan mengambil langkah lebih berhati-hati bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang. — Bernama