Blogger sekular mati ditembak dan ditetak dengan parang

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:08 PTG

Nazimuddin Samad blogger berfahaman sekular mati dibunuh - Gambar Dhaka Tribune

BANGLADESH: Seorang aktivis dan blogger sekular maut ditetak dengan parang ketika dalam perjalanan pulang dari kelas.

Laporan CNN mengatakan Nazimuddin Samad, 26 ditetak sebelum ditembak mati oleh sekumpulan empat orang suspek yang melarikan diri dengan motosikal.

Nazimudin yang sedang mengikuti pengajian du Universiti Jagannath merupakan blogger sekular ke-6 mati dibunuh dalam tempoh 16 bulan.

Blogger sekular yang mati dibunuh sebelum ini telah memuatnaik hasil tulisan dan provokasi terhadap agama Islam.

Menurut seorang lagi blogger, Imran Sarker menyifatkan Nazimuddin sebagai 'sangat aktif' dalam bidang penulisan tentang keagamaan, jenayah perang, isu-isu minoriti, rasuah dan keganasan terhadap kaum wanita.