Tips Wasiatkan Akaun Facebook Kepada Kawan Atau Keluarga

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1:24 PG

Untuk menguruskan akaun Facebook anda selepas anda sudah tiada, anda boleh mewasiatkan akaun anda kepada ahli keluarga terdekat mahupun rakan-rakan anda lain di Facebook.

Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai “Legacy Contact”, di mana penama yang anda namakan ini boleh “pin” akan sesuatu perkongsian pada susur masa profil anda, kemaskini gambar profil, dan berinteraksi dengan permintaan rakan baru.

Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh membuat perkongsian baru ataupun membaca mesej anda.

Untuk menamakan seseorang, anda hanya perlu membuka aplikasi mudah-alih, seterusnya ke halaman Settings dan seterusnya pilih Security > Legacy Contact.

[ads-post]


Di sana, anda boleh memulakan proses memilih penama wasiat anda dan membuatkan mereka menguruskan akaun anda setelah anda sudah tiada.

Sebagai alternatif, pihak Facebook juga memberikan pilihan untuk anda memadamkan akaun Facebook setelah anda sudah tiada.

Ia berfungsi dengan seseorang memberitau pihak Facebook berkenaan kematian anda, dan Facebook akan membuang profil anda daripada laman sosial tersebut selepas anda sudah tiada.

Selain pada peranti mudah-alih, anda juga boleh mengakses halaman Legacy Contact pada desktop anda hari ini. - Info: Facebook Lagacy Contact