CHENDU, CHINA: Seorang bapa di sini tergamak mencuri wang £6,600 (RM38,619) yang dikumpul bagi membayar kos pembedahan menyelamatkan anaknya semata-mata untuk berjudi.
Lebih malang lagi lelaki berkenaan, Wei Jinling hilang semua wang itu akibat kalah judi, malah dia kini dikejar lintah darat kerana terpaksa berhutang.
Anak Wei, Sixu yang berusia tiga tahun disahkan menghidap penyakit hati pada Januari lalu dan perlu menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkannya.
Isterinya, Xu Juan menawarkan diri untuk mendermakan sebahagian hatinya dan pembedahan itu dijadual pada 28 Januari lalu.
Pasangan itu dan dibantu ahli keluarga mereka terpaksa menjual semua harta serta meminjam wang bagi mengumpul dana untuk membayar kos pembedahan berkenaan.
- Harian Metro