LOS ANGELES: Seramai empat orang terbunuh manakala 30 lagi cedera pada Khamis selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah kilang pemotong rumput di bandar Kansas.
Harvey County Sheriff T. Walton berkata, jumlah kematian akan meningkat kepada tujuh manakala suspek yang merupakan bekas pekerja kilang berkenaan turut terbunuh.
"Suspek telah ditembak mati oleh pihak berkuasa. Dia adalah bekas pekerja kilang itu.
"Ini adalah satu kejadian ngeri yang pernah berlaku di sini," kata Walton.
Saksi mendakwa ternampak suspek mula menembak seorang wanita di tempat letak kereta kilang berkenaan.
Lelaki itu kemudian melepaskan tembakan rambang di kawasan berhimpun kilang tersebut yang membunuh mangsa lain.