Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di sekitar Universiti Orebro susulan ancaman yang diterima pada Sabtu. - Gambar AFP
STOCKHOLM: Kira-kira 17,000 penuntut dan 1,200 kakitangan Universiti Orebro di sini tidak dapat menghadiri kuliah atau bekerja seperti biasa berikutan ancaman yang dipercayai angkara pihak pengganas.
Menurut agensi berita Sweden TT, pesanan dibuat pada Sabtu lalu memberitahu pelajar supaya tidak hadir kelas pada Isnin "jika mereka ingin selamat."
"Kita tidak boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan kakitangan.
"Oleh itu, selepas berbincang dengan polis kami memutuskan untuk menutup universiti ini pada 25 Januari," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas pihak universiti membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Susulan itu juga polis menambah anggota untuk mengawal di kawasan kampus.
Mesej itu diterima menerusi Jodel, aplikasi telefon bimbit buatan Jerman yang membolehkan pelajar di kampus berhubung sesama mereka dan popular di kalangan penuntut di Sweden.