Cadang turun cukai GST mungkin punca mereka memberontak, kata Mukhriz

Ana Ghoib Syeikh Malaya 9:12 PTG

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disambut ratusan penyokong ketika tiba di Wisma Umno Bahagian Jerlun, semalam. - Gambar Sinar Harian

KEDAH– Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahatir beranggapan tindakan 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah tidak menyokongnya bukan kerana alasan empat perkara, tetapi akibat kelantangannya bersuara.

Katanya, ia mungkin disebabkan beliau pernah mencadangkan supaya kadar cukai barangan dan perkhdimatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus yang disifatkan membebankan rakyat.

“Saya lihat tekanan ke atas rakyat sudah sampai tahap yang teruk apabila  makanan semakin mahal, baju sekolah dan susu pun naik harga.

“Itu sebabnya saya terpaksa beranikan diri walaupun boleh dituduh ingkat atau tidak menyokong dasar kerajaan persekutuan,” katanya semasa ucapan pada program himpunan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya di Wisma Umno Bahagian Jerlun, semalam lapor Sinar Harian Online.

Klik sini video ucapan Mukhriz Mahathir

Menurutnya, perkara itu hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan atasan selain memberi penjelasan kepada rakyat sekiranya perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

“Rupanya apabila saya keluar kenyataan macam ini, timbul rasa tidak puas hati. Menteri Besar ini tidak sehati sejiwa seperti yang diharapkan.

“Kemudian dikaitkan pula dengan anak bapa. Bapa dia macam itu, dia pun macam itu juga,” katanya.