Mukhriz jarang menyentuh isu 1MDB namun sering meminta peruntukan pembangunan Kedah dan mengesa penurunan kadar GST dari Putrajaya - Foto Bernama
KEDAH - ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, krisis politik yang dihadapi beliau ketika ini merupakan satu amaran kepada ketua menteri dan menteri besar lain.
Menteri besar Kedah itu berkata, krisis politik di negeri tersebut berlaku ketika keadaan 'aman' dan 'kejutan' itu menimbulkan banyak kekeliruan.
Tambahnya, beliau sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Kedah dan tidak akan mengkhianati mereka.
"Saya dipilih oleh rakyat," tegasnya lapor mStar.
Mukhriz turut tidak gentar atas sebarang tindakan yang diambil terhadap beliau kerana yakin apa yang dilakukan adalah benar.
Jelasnya, setiap pemimpin yang gagal menyakinkan rakyat akan turut gagal dalam pilihan raya akan datang.
Selain itu Mukhriz turut melahirkan keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memperjuangkan untuk menurunkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada enam kepada tiga peratus.
Semoga MB Kedah yang baharu dengan hubungan rapat dengan pemimpin Putrajaya yang menguasai polisi GST akan berjaya menurunkannya atau setidak-tidaknya melonggokkan hasil kewangan yang banyak untuk pembangunan negeri seperti yang diminta Mukhriz dan dapat pula membantu petani dan penoreh getah yang menghadapi krisis kejatuhan harga komoditi.
Semestinya tidak akan berjaya kerana sikap bongkak mengelak untuk mengambil hati rakyat lantaran terhimpit beban hutang berpuluh bilion membuatkan Putrajaya enggan menurunkan walau 1% pun kadar GST malah mungkin akan menambahnya lagi selepas PRU14 selain kenaikan tarif lainnya kerana hutang 1MDB tidak akan langsai dalam masa terdekat ditambah beban kewangan akibat kejatuhan harga minyak dunia serta penguncupan keuntungan Petronas.
[ads-post]
Pada minggu lalu, seramai 14 ketua Umno bahagian mengisytihar hilang keyakinan terhadap pengerusi perhubungan Umno negeri itu yang merupakan menteri besar.
Berikutan itu, kumpulan berkenaan berharap menteri besar baru akan dilantik dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Mukhriz.
Berita Harian gst tax Kedah Malaysiakini BM Mukhriz Mahathir najib razak Politik