Rosmah gesa IPTS Bumiputera perlu bersedia berubah

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:41 PTG

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam Swasta (IPTS) Bumiputera agar tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara. - Foto Rosmahmansor.com

Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia (PKIBM) perlu mewujudkan perkongsian pintar bersama syarikat korporat Bumiputera dalam usaha melahirkan graduan berkualiti.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata kerjasama itu penting dalam memastikan kebolehpasaran graduan.

"Kini terdapat beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam Swasta (IPTS) Bumiputera yang  menunjukkan potensi dan prestasi yang cemerlang setanding dengan IPTS bukan Bumiputera.



"IPTS Bumiputera perlu bersedia untuk berubah kepada lebih baik dan tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tahunan PKIBM 2015, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden PKIBM, Amir Hamzah Md Isa.

Pada majlis itu Rosmah turut melancarkan Dana Pendidikan PKIBM, Yayasan Pembangunan Pendidikan Tinggi Bumiputera Malaysia. – Bernama