Najib membazir beli jet baru untuk kerajaan, utamakan Sabah lebih baik, kata Dr M

Ana Ghoib Syeikh Malaya 12:56 PTG


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan jet kerajaan diganti baru bagi tujuan keselamatan tidak boleh diterima, kata bekas pemimpin nombor satu negara Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan biasa di Sabah atau penyeludupan senjata di sepanjang sempadan di utara?

“Atau keselamatannya untuk orang yang terbang dalam jet peribadi sahaja?” soalnya dalam blog hari ini.

Beliau juga membangkitkan serangan pengganas di negara ini yang menyebabkan kematian kepada anggota polis dan tentera dalam negara.

Tun Mahathir membangkitkan berhubung pembelian jet mewah itu sama ada ia menandakan negara ini mementingkan keselamatan rakyatnya dalam tulisan terbaru beliau di blog chedet.cc