Lagi kem Rohingya ditemui di sempadan Thailand-Malaysia

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:54 PG
Kem tahanan pelarian Rohingya tersebut hanya 3 kilometer daripada kem pertama yang mana 26 mayat pelarian Rohingya ditemui baru-baru ini, sehingga menyebabkan pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan tegas ke atas aktiviti pemerdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh. – Gambar Reuters

Pihak berkuasa Thailand menemui sebuah lagi kem tahanan pelarian Rohingya di sempadan Thailand-Malaysia yang dikatakan terbesar setakat ini. Kem dipercayai dibina setahun lepas itu, ditemui di atas Bukit Khao Kaew yang bersempadan dengan Malaysia semalam, menurut wartawan

Bernama yang berada di kawasan berkenaan. Ia terletak hanya 3 kilometer daripada kem pertama yang mana 26 mayat pelarian Rohingya ditemui baru-baru ini, sehingga menyebabkan pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan tegas ke atas aktiviti pemerdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh.  – Bernama