Gambar ilustrasi
AMMAN - JORDAN. Seorang doktor didakwa meninggalkan telefon bimbit miliknya di dalam perut seorang pesakit ketika menjalani pembedahan dan hanya menyedari perkara tersebut selepas telefon itu bergetar di dalam perut pesakit itu.
Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukan di sebuah hospital swasta di Amman , Jordan untuk menjalani pembedahan pada 24 April lalu.
Semasa menjalankan pembedahan, doktor tersebut dikatakan telah tertinggal telefon bimbitnya di dalam perut wanita itu dan hanya menyedari perkara tersebut selepas merasa seperti getaran.
Ibunya, Majeda Abdul Hamid memberitahu Gulf News Jordan, anaknya selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan keluarganya hanya menyedari mengenai perkara itu selepas perut anaknya itu bergetar selepas pulang ke rumah.
"Hanan mengalami kesakitan serius dan tidak mampu untuk bergerak. Saya kemudiannya membawa ke hospital semula, namun tiada sebarang tindakan diambil kakitangan hospital berkenaan," kata Mejeda.
Hannan kemudiannya dibawa ke hospital awam Al Bashir dan hasil keputusan x-ray mendapati terdapat satu objek asing di dalam perutnya.
Doktor hospital itu kemudiannya melakukan pembedahannya dan kemudian menemui sebuah telefon bimbit didalam perutnya itu.
Bagaimanapun jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae berkata, cerita wanita terbabit adalah "tidak berasas dan direka-reka." - Agensi