Lan (Azlan & The Typewriter) Enggan Berkongsi Tentang Kereta Mewahnya

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:18 PTG
Vokalis Lan (Azlan & The Typwriter) enggan berkongsi lanjut mengenai kereta mewah miliknya, Ferari F430 yang dianggar bernilai RM2 juta.

Aset mewah pelantun lagu Lagu Untukmu’ (ketika bersama Meet Uncle Hussain dulu) ini menjadi bualan hangat ramai baru-baru ini ekoran tersebarnya foto Lan bersama Ferarinya itu di media sosial.

Bercakap pada satu portal hiburan, Azlan bagaimanapun berkata, dia tidak mahu memberi komen mengenai kereta barunya itu kerana ianya terlalu peribadi.

"Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya," katanya.

Difahamkan khabarnya Azlan kini lebih menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dan mungkin itu juga sebab dia mampu bergaya mewah.

Selain Lan, selebriti lain seperti Zizan Razak, Zul Ariffin dan Neelofa antara yang sebelum ni dilaporkan turut memiliki kereta mewah.