MH370: Jangka hayat bateri ULB perakam data tamat tempoh

Ana Ghoib Syeikh Malaya 9:12 PG
KUALA LUMPUR - Bateri Perakam Data Penerbangan (SSFDR), satu daripada dua kotak hitam, Peranti Pengesan Bawah Air (ULB) bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, telah tamat tempoh pada Disember 2012 iaitu kira-kira 14 bulan sebelum kehilangan pesawat itu.

Menurut Maklumat Fakta yang disediakan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, yang diumumkan hari ini, tiada bukti menunjukkan bateri itu diganti sebelum tarikh tamat tempoh itu.

Bagaimanapun, bateri ULB pada Perakam Suara Kokpit (SSCVR), satu lagi kotak hitam pesawat itu, telah digantikan seperti yang dijadualkan dengan tarikh tamat tempoh selanjutnya ialah pada Jun 2014.

"Walaupun ada kemungkinan sebuah ULB, akan beroperasi melepasi tarikh luput pada peranti, ia tidak menjamin ia berfungsi atau ia memenuhi keperluan minimum selama 30 hari.

"Ada jaminan terhad bahawa bentuk isyarat (ciri-ciri seperti frekuensi dan kuasa) akan kekal dalam lingkungan spesifikasi apabila voltan bateri menurun di bawah paras 30 hari nominal," kata laporan itu. - Bernama