Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, KL

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:34 PTG
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara mulai 16 Mac ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gangguan berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Di Shah Alam, kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Seksyen 25 dari 9 malam pada Isnin hingga hingga 6 pagi Selasa.

Di Klang, ia meliputi Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Specialist Medical Center; Jalan Sungai Jati; Taman Bijaya dan Sekolah Menengah Tinggi Hishamuddin dari 9 malam pada Isnin hingga 11 pagi Selasa.

Di ibu kota, gangguan bermula dari 9 malam pada Isnin hingga 9 pagi pada Selasa melibatkan kawasan Pandan Jaya; Pandan Utama; Pandan Cahaya; Taman Bakti; Taman Cempaka; Taman Cahaya; Taman Nirwana; Taman Dagang; Taman Putra Sulaiman dan sebahagian Kampung Pandan Dalam.

Turut terbabit, Kompleks Kediaman Kerajaan Jalan Duta; Duta Kensington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Segambut Dalam; Segambut Tengah; Segambut Bahagia; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut.

Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Bukit Prima Pelangi; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; Sunrise; Montkiara; Sri Sinar; Sri Bintang; Bukit Sri Bintang; Taman Prima Impian dan Anjung Tiara pula akan mengalami gangguan dari 9 malam pada Isnin hingga 12 tengah hari Selasa- BERNAMA