Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga Nur Syahirah di Jitra, Kedah sementara majlis resepsi kedua-dua belah pihak berlangsung di Kuala Lumpur, 23 Mei depan.
Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fad mengatakan dia mengambil masa agak lama juga untuk mengorat teman wanitanya yang merupakan adik angkat kepada pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse itu.
“Kami sudah kenal dua tahun yang mana dia selalu teman Jihan ke MLM, jadi dari situlah kami mula berkenalan.
“Namun proses berkenalan itu agak susah kerana dia seorang yang sukar didekati sehingga saya beberapa kali berusaha menawan hatinya dan melamar pada hari jadinya, Oktober tahun lalu,” kata Bocey ketika ditemui pada sesi sidang media Lawak Ke Der 2015 di Istana Budaya, pada Rabu.
Di kala nama kumpulan Bocey semakin meningkat, tidakkah Fad terasa terlalu awal untuknya mendirikan rumah tangga dan ini merupakan jawapannya bagi menjawab persoalan tersebut.
“Saya tidak kisah berkahwin awal kerana saya perlukan seseorang untuk menjaga memandangkan saya tinggal jauh daripada keluarga yang menetap di Johor.