Ekoran itu, ada pengguna merakamkan gambar kumpulan babi hutan sedang menjilat pinggan dan bekas makanan di atas meja kedai makan di situ, yang diambil pada jam 3 pagi.
Pengguna jalan JRTB yang sering melalui jalan itu, Mohd Noor Daud, 45, berkata, kawasan di R&R Puncak Titiwangsa itu memang terdapat banyak babi hutan danhaiwan itu sering berkeliaran terutama pada awal pagi.
“Saya dan keluarga pernah singgah di situ pada awal pagi pertengahan tahun lalu ketika perjalanan balik dari Gerik ke Kelantan dan melihat sekumpulan babi hutan berkeliaran di kawasan kedai makan.
“Bagaimanapun saya dan keluarga membatalkan hasrat untuk turun kerana bimbang haiwan liar itu akan menyondol atau mencederakan kami,” katanya.