Samsung Jenama Global Ketujuh Terbaik 2014

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1:28 PTG
Samsung - Foto phys.org

Samsung Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip terbesar dunia, meningkat ke tempat ketujuh daripada tangga kelapan pada 2013, dalam laporan tahunan Interbrand Jenama Terbaik Global yang dikeluarkan hari ini.

Nilai jenama  Samsung Electronics meningkat 15 peratus kepada AS$45.5 bilion pada 2014 daripada AS$39.6 bilion pada 2013.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pemasaran SP Kim berkata Samsung terus menunjukkan pertumbuhan besar dalam nilai jenamanya, yang lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan purata 7.4 peratus dicapai oleh 100 Jenama Terkemuka Dunia.

Laporan itu mengiktiraf pertumbuhan global nilai jenama Samsung melalui inisiatif pemasaran kreatif dan secara berterusan menjadi peneraju pasaran merentasi banyak kategori produk, termasuk telefon pintar, televisyen, peralatan digital dan peranti memori.

Beliau berkata, Samsung mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran telefon pintar selama dua tahun, dipacu dengan pelancaran produk telefon pintar utamanya termasuk peranti baharu dalam siri Galaxy S dan Note manakala peralatan boleh pakai seperti Samsung Gear dan Samsung Gear VR yang menjadi penjana baharu pertumbuhan.

Bagi pasaran televisyen, Samsung berupaya melanjutkan penguasaan di peringkat global buat tahun kelapan hasil pengenalan TV melengkung pertamanya.

Samsung juga menerajui pasaran premium untuk perkakasan digital menerusi
produk baharunya seperti Chef Collection, kata Kim. Astro Awani