Sharifah, fondly known as Kak Pah, was admitted to the Intensive Care Unit of a hospital here for lung infection on Tuesday.
According to a press statement, Sharifah Aini, who turned 61 on Wednesday was diagnosed with lung fibrosis, also known as interstitial lung disease two years ago.
According to Consulting Respiratory Physician Datuk Dr Zainudin Md Zain who was treating her, the condition is rare and causes hardening or scarring of the lungs.
Sharifah Aini first broke into the entertainment industry in 1969 after having won a talent show in Singapore the previous year.
She produced various hits over the years including Dekatlah Padaku, Bunga Tanjung and Mak Inang Melayu, a duet with the late Sudirman Haji Arshad and more. mStar Online / Pic Kosmo Online
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia - Al Fatihah
Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Biduanita Sharifah Aini dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.
Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.
Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Laporan ihsan Astro Awani / Foto kezoom.blogspotRakan artis, penggiat industri rakam ucapan takziah buat Sharifah Aini
Rakan artis dan penggiat industri seni bertumpu ke laman media sosial bagi menyampaikan ucapan takziah mereka di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini.
Bintang legenda yang telah mencebur diri dalam bidang nyanyian itu pergi mengadap Ilahi pada 1.26 pagi Sabtu akibat fibrosis paru-paru.
Penyanyi kumpulan ELITE, Sasha Saidin mengimbas kenangannya sewaktu bersama-sama Allahyarham menyertai jelajah promosi ketika bersama syarikat rakaman EMI.
Jenazah penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada selepas solat Zohor.
Berita Berita Harian Celebrity News Datuk Sharifah Aini Featured Malaysia Artist Malaysia News News