Tertuduh mencabul bekas kekasihnya kerana marah ditipu rupanya sudah bersuami - Foto hiasan |
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didenda RM3,000 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah mencabul bekas kekasihnya akibat berang wanita itu menipu status hubungan dengan suami.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Robert Chew, 36, selepas dia mengaku menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 33 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah kedai di Sri Gombak di sini pada 6.30 petang, 7 Apr 2020.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal kerana mangsa adalah bekas kekasih tertuduh.
Peguam M Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Chew bagaimanapun memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya itu berbuat demikian disebabkan berasa marah dan terkilan selepas mangsa menipu kononnya telah bercerai sedangkan dia masih bersuami.
- BERNAMA
Cabul Harian Metro Hmetro Jenayah mymetro Rogol Sinar Harian Sinar Online