Kes rasuah projek pelitup muka RM9 juta, pengarah syarikat dan penjawat awam direman

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:48 PG
Dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari, iaitu sehingga 29 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pengarah syarikat, masing-masing berusia 49 dan 51 tahun telah ditahan di pejabat mereka di Selangor manakala penjawat awam, 59, itu pula di pejabatnya.

Kesemua penahanan itu berlaku sekitar 2 hingga 4 petang, semalam.

Menurut sumber, dua pengarah tersebut telah memberi rasuah kepada penjawat awam tersebut sebagai balasan mencadangkan pelaburan dalam usahasama dengan syarikat mereka untuk pengeluaran pelitup muka.

- BERNAMA