Tukang cat mengaku tak salah bunuh adik perempuan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:33 PTG
Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid. 

KUALA LUMPUR: Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh adik perempuannya, tahun lepas.

Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid.

Lelaki itu didakwa membunuh Lim Poh Ling, 38, di sebuah rumah di Jinjang Utara, antara 6.30 petang dan 7 malam, 21 Jan 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya N Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- BERNAMA