Siasat majlis Azmin di Johor ketika masih PKP

Ana Ghoib Syeikh Malaya 11:29 PTG
Polis diminta menyiasat adakah Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara ketika berucap dalam satu majlis Bersatu di Johor baru-baru ini.

Ini kerana majlis itu diadakan ketika Johor masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Portal Malaysia Dateline melaporkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi Twitternya berkata:

 “Mohon @PDRMsia siasat adakah Azmin, penganjur dan mereka yang hadir ke majlis ini telah melanggar SOP @MKNJPM bagi negeri Johor yang masih dalam PKP.” - Fahmi Fadzil

Fahmi turut mengulas satu lagi kicauan yang dibuat oleh Ifteesham Yusak yang menunjukkan Azmin sedang berucap dalam majlis anjuran Bersatu itu.

“DS Azmin Ali Pengarah pilihan raya PN Nasional merangkap MPT Bersatu di program bersama kepimpinan bahagian Bersatu dan PIC PKN seluruh negeri Johor,” tulis Ifteesham itu.