Rakyat tunggu bila Muhyiddin nak keluar negara, soal Puad dengan gembira

Ana Ghoib Syeikh Malaya 11:03 PTG
Puad Zarkashi menulis di Facebook beliau berkenaan peluang rakyat mengkritik kerajaan Perikatan Nasional [PN] dengan didengari dan dibaca jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan ke luar negara. - Foto New Straits Times 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi secara sinis berkata, rakyat pada masa ini ternanti-nanti bila Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke luar negara.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tersebut berkata, lawatan itu yang tentu akan disiar dalam Facebook ketua negara yang dilawati memberi peluang kepada rakyat mengulas dalam media sosial pemimpin nombor satu negara berkenaan.

“Rakyat dahagakan platform yang Muhyiddin akan membacanya. Pegawai PMO (Pejabat Perdana Menteri) mesti baca. Yang penting sampai ke telinga Perdana Menteri.

BILA LAGI MUHYIDDIN KE LUAR NEGARA?

Sekarang ini rakyat ternanti nanti bila lagi Muhyiddin akan buat lawatan rasmi ke luar negara.

Sudah tentu lawatan itu akan disiar dalam FB Ketua negara yang dilawati. Ini beri peluang kepada rakyat beri komen dalam FB pemimpin nombor satu negara berkenaan.

Rakyat dahagakan platform yang Muhyiddin akan membacanya. Pegawai PMO mesti baca. Yang penting sampai ke telingan Perdana Menteri.

Mereka mahu lakukan perkara sama seperti dalam FB Jokowi dan Istana Negara. Cara ini lebih efektif. Tak ada Parlimen, FB pun jadilah.

Sekarang Muhyiddin mudah ke luar negara. Sudah ada Bubble Travel. Kuarantin pun tiga hari sahaja. Elok pergi. Rakyat tidak bantah. - Dr Puad Zarkashi Facebook

Pertemuan Muhyiddin Joko Widodo (Jokowi) pada 5 Februari lalu mengundang kecaman ramai rakyat Malaysia di FB Presiden Indonesia berkenaan.

Lawatan ke Jakarta dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan pandemik Covid-19 itu merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun lalu susulan Langkah Sheraton.

Sebelum ini, Puad Zarkashi mendapat notis Letter of Demand (LOD) daripada peguam Perdana Menteri berkenaan posting beliau di Facebook berkaitan lawatan Muhyiddin ke negara Indonesia.

Puad bagaimanapun menafikan memfitnah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan niatnya hanya mahu bertanya dan meminta penjelasan berhubung perintah kuarantin tiga hari ke atas menteri.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli Muhyiddin seperti mana UMNO dibuli.

“Justeru saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam Facebook saya dan saya memilih untuk ke mahkamah,” tulisnya di Facebook, tegas.

Untuk rekod, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah beliau dalam hantaran di Facebook minggu lalu.

Puad juga diarah membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan secara jelas dan segera di laman Facebooknya serta semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan tersebut selain dituntut membuat aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama, apa jua cara sekalipun.

Bagaimanapun Puad berkata, mahu membawa isu tuntutan berkenaan ke mahkamah dilihatnya sebagai peluang untuk bersama-sama dengan rakyat membantah “amalan dua darjat” dalam isu perintah kuarantin 3 hari untuk menteri tetapi 10 hari untuk rakyat biasa yang diluluskan Putrajaya.

“Hal ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah “kuarantin” 3 hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?.

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” tegasnya.