"Emosi anak guam saya terganggu," kata peguam yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh selepas anak guamnya diminta membela diri pada Khamis.
Jagjit berkata, anak guamnya tertekan selain emosinya agak terganggu dengan keputusan mahkamah hari ini.
"Bagaimanapun, beliau akan terus berjuang kes ini di mahkamah namun ketika ini beliau tidak bercakap, emosi terganggu dan agak kecewa.
"Kami juga memujuknya dan terus memberikan semangat untuk menghadapi kes ini," katanya Jagjit di petik Sinar Online di Kompleks Mahkamah Tinggi.
Datuk Jagjit Singh - Foto Sinar Harian |
Rosmah membuat pilihan itu selepas diberi tiga pilihan iaitu pertama berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan, kedua memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan atau ketiga memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya ketika pemeriksaan balas.
Jagjit yang mewakili Rosmah berkata, seramai lima atau enam saksi pembelaan termasuk Rosmah dan Najib, akan dipanggil untuk kes tersebut tidak termasuk 10 saksi yang ditawar pihak pendakwaan.
Untuk rekod, bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor akan menjadi saksi pendakwa bagi kes tersebut.
Rizal yang sebelum ini turut didakwa terlibat kes projek solat telah dibebaskan dari pertuduhan dan kini bekerjasama dengan pihak pendakwa.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan Rosmah membela diri daripada tiga pertuduhan berkenaan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, mahkamah telah memberi penilaian secara maksimum mengenai perkara tersebut selain mahkamah turut menerima bahan audio yang diserah SPRM bertajuk: 'Can I Advise You Something' sebagai bukti semasa perbicaraan kelak.
Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan bagi kes ini berlangsung selama sembilan hari bermula 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun, dan disambung pada 12, 15 Julai 2021.

datin seri rosmah mansor Free Malaysia Today Malaysiakini BM najib razak Politik rosmah mansor Sinar Online sprm