Anonymous Malaysia pengodam laman web kerajaan tumpas - Foto hiasan FMT |
Harian Metro melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata antara yang ditahan adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.
Semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Beliau berkata serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas risikan dan intipan sejak seminggu lalu,
Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
“Pada masa ini pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki-baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan,” katanya.
Acryl Sani berkata, semua suspek yang ditahan disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.
“Siasatan kita setakat ini tidak menolak kemungkinan 17 laman web yang sudah diceroboh,” katanya.
Sementara itu berdasarkan maklumat yang diperoleh suspek yang ditahan turut disyaki terbabit melakukan pencerobohan kepada tiga sistem kerajaan Johor, Sabah, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Computer Google News Tag hacker Jenayah Kerajaan Penggodam polis diraja malaysia