oleh Mariam Abdul Rashid
Namun di Malaysia, menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sibuk bergaya dan mempamerkan busana mewah dalam sesi ‘private photoshoot’ didakwa di pejabat menteri. Jelas, Datuk Seri Rina Harun menyalah guna kedudukan untuk faedah peribadi.
Beliau langsung tidak rasa malu dan segan silu malah gambar sesi fotografi disebar dan tular di media sosial sehingga menimbulkan persoalan warga maya terutama rakyat bawahan.
Dengan tidak rasa bersalah, jawatan masih disandang dan kecaman rakyat tidak diendah. Langsung tidak sensitif dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat bawahan terutamanya golongan wanita lantaran PKP.
Ramai wanita yang mengalami krisis kesihatan mental akibat pandemik Covid-19. Sebanyak 8.8 peratus aduan di Talian Sokongan Psikososial terdiri daripada isteri yang sedang berhadapan dengan keganasan rumah tangga.
Fakta ini mungkin semakin meningkat sejak PKP 2.0 dilaksanakan. Situasi ini membawa kepada depresi, kemurungan dan masalah mental yang lebih teruk.
Ada pekerja yang diberhentikan kerja tanpa pampasan. Ada ibu tunggal yang terputus mata pencarian. Ada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak cukup wang kerana pergerakan terbatas. Ada kanak-kanak yang sedang didera di rumah tanpa bantuan.
Maka, apakah pelan mitigasi kementerian KPWKM Rina Harun untuk melindungi wanita dan memastikan survival wanita di Malaysia pada zaman pandemik ini?
Rakyat mahu tahu perkembangan pusat sokongan sosial setempat yang dibentang dalam Belanjawan 2021.
Dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual akan dibentang dalam sidang Parlimen akan datang.
Walhal, banyak isu rakyat ini bukan kecil dan sangat membimbangkan pelbagai pihak.
Sepatutnya, Parlimen perlu bersidang mengikut jadual dan tidak perlu tunggu Ogos nanti. Jika disenaraikan isu rakyat yang di bawah tanggungjawab beliau, memang banyak yang perlu diselesaikan segera.
Terlalu banyak skop kerja menteri KPWKM yang boleh dipamer, disebar dan dilaporkan dalam media supaya rakyat tahu menteri yang dilantik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini kompeten dalam melaksanakan tugas.
Jika Rina Harun gagal menunjukkan prestasi signifikan sebagai menteri, lebih baik beliau meletakkan jawatan.
*MARIAM ABDUL RASHID adalah Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam AMANAH Nasional. Artikel ini pertama kali disiarkan di portal Malaysia Dateline milik parti AMANAH.
Menteri Wanita juga menerima sindiran tajam dari golongan kartunis. - Kartunis Haili Kki
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM Parti Amanah Negara Politik Rina Harun Sinar Online