Rina dah kahwin ada suami ke belum, berterus teranglah....

Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:02 PTG
Penulis terkenal, bekas wartawan dan blogger Shahbudin Husin mengulas status perkahwinan Datuk Seri Rina Harun menteri wanita. - Foto Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun sekarang, ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai.

Ramai orang, termasuk dalam kepimpinan Bersatu sendiri tidak tahu apakah Rina sudah berkahwin atau masih lagi bujang.

Lebih-lebih lagi dengan penampilannnya yang kini semakin kurus dan cantik, lebih ramai yang ingin tahu status sebenar dirinya, terutama kaum lelaki.

Termasuk mereka yang ingin tahu itu ialah golongan VIP dalam politik, perniagaan, korporat, tidak terkecuali lelaki-lelaki biasa daripada pelbagai jenama.

Memang menjadi bualan ramai bahawa Rina dikatakan adalah isteri kepada seorang pemimpin politik daripada selatan tanahair yang kini bersama sebuah parti politik pembangkang.

Bagaimanapun, risikan dengan pelbagai pihak serta kenalan kepada pemimpin politik berkenaan, semuanya tidak dapat memberi jawapan pasti tentang kebenaran perkara itu.

Jawapan yang rata-rata diterima ialah mereka sekadar hanya mendengar khabar angin saja tentang kedudukan Rina sebagai isteri pemimpin politik berkenaan, namun tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Dalam Bersatu pula, beberapa pemimpinnya yang ditanya hampir tidak ada yang tahu status sebenar Rina sebaik diajukan persoalan tersebut.

Kata mereka, selain tidak pernah melihat Rina dengan pemimpin yang dikaitkan itu atau dengan mana-mana lelaki lain, Ketua Srikandi Bersatu itu sendiri tidak pernah bercerita kepada sesiapa mengenai status dirinya.

Selain itu, tidak kurang yang mengatakan Rina sebenarnya belum lagi berpunya dan tidak menjadi isteri kepada sesiapa.

Mereka yang berpendapat demikian berhujah, adalah mustahil Rina berkahwin dengan pemimpin yang disebutkan itu kerana kedua-duanya berbeza parti politik – seorang dalam kerajaan dan seorang lagi di pihak pembangkang.

Ehhh… mustahil dia kahwin dengan pemimpin tersebut, kata seorang pemimpin Bersatu yang juga daripada selatan.

Jadi, apa sebenarnya status Rina sekarang ini?

Selain kerana kedudukannya sebagai pemimpin, wakil rakyat dan menteri yang merupakan milik rakyat di mana status dirinya tidak seharusnya menjadi rahsia atau tanda tanya, berterus-terang juga adalah baik untuk mengelakkan sebarang fitnah terhadapnya.

Dalam agama Islam sendiri, wanita yang sudah berkahwin dituntut untuk dihebahkan statusnya bagi mengelakkan gangguan serta untuk melindungi kehormatannya.

Kalau Rina sudah berkahwin, eloklah berterus-terang kerana didapati ramai lelaki begitu tertarik dengan penampilannya sekarang, termasuk ada yang berkali-kali bertanya tentang statusnya serta tidak kurang yang menyimpan gambar terbaru beliau dalam telefon bimbit masing-masing.

Maka itu, jika Rina sudah bersuami, tentulah perbuatan tersebut tidak elok, berdosa dan mengundang fitnah.

Tetapi, tidak dapat dielakkan yang turut bersalah dalam hal ini ialah Rina sendiri kerana tidak pernah berterus-terang tentang status sebenar dirinya.

Namun, kiranya beliau belum bersuami, lagi baik ia tidak disembunyikan, terutama untuk pengetahuan semua kaum lelaki yang nampaknya ramai mula terpesona dan jatuh cinta pandang pertama kepadanya.

Tambahan lagi, dengan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekarang, nampak tidak manis sangat jika status peneraju kementerian itu sendiri tidak ketahuan dan seolah-olah misteri di mata rakyat.

Sebagai pemimpin yang menjadi milik masyarakat, rakyat cuma ingin tahu siapakah lelaki bertuah yang menjadi suaminya, jika benar beliau sudah bersuami.

Kalau masih belum kahwin pula, setidak-tidaknya dengan wajah dan penampilannya yang langsing dan cantik sekarang, kalau pun ramai yang takut untuk mendekatinya kerana kedudukannya sebagai orang kayangan, tidaklah menjadi kesalahan apa-apa bagi lelaki-lelaki lain untuk terus memujanya dalam diam.

Jadi, berterus-teranglah wahai Rina!!

Sumber: ShahbudinHusinDotCom