Pengarah agensi kerajaan disyaki cabul kakitangan bebas dengan jaminan polis

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:48 PG
Kes penjawat awam cabul kakitangan, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 12 Februari lepas pada dan suspek ditahan semalam (Sabtu). - Foto NSTP

SHAH ALAM: Seorang pengarah agensi kerajaan di Selangor yang ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul kakitangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.

Harian Metro melaporkan semalam, lelaki berusia 35 tahun itu dipanggil bagi membantu siasatan sebelum ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, kira-kira 9 pagi tadi, Sabtu.

Terdahulu, kejadian dipercayai berlaku pada 2 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di pejabat selepas selesai urusan kerja sebelum suspek bertindak mengamuk sambil berbaring dan mengarahkannya membuat minuman.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian meminta mangsa mengangkat sumpah dengan al-Quran supaya tidak melaporkan apa-apa aktiviti dan perilaku buruk atau jenayah yang dilakukan olehnya.

Menurutnya, suspek turut mendakwa akan menukarkan jawatan wanita itu menyebabkan mangsa ketakutan.

"Dalam kejadian itu, suspek dipercayai meminta mangsa membuka tudung dan memicit tangannya atas alasan ia adalah arahan rasmi.

"Mangsa turut disuruh memicit badan lelaki terbabit sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian dan melayannya sehingga puas," katanya.

Sumber berkata, mangsa enggan dan menolak secara baik, namun ditampar oleh suspek di bahagian muka sehingga terjatuh.

"Suspek juga meminta mangsa melakukan sxks oral menyebabkan wanita itu menjerit dan ditampar sekali lagi.

"Malah, suspek turut merekod perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya dan meminta mangsa supaya berdiam diri mengugut akan dikenakan tindakan tatatertib jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa," kata sumber dipetik Harian Metro.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Seksyen tersebut memperuntukkan: "Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan niat hendak mencabul kehormatan atau mengetahui dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau boleh dikenakan denda, atau boleh dikenakan sebat, atau boleh dihukum dengan mana-mana dua daripada seksaan tersebut."