Tony Pua dan Najib saling saman menyaman dikemuncak skandal 1MDB - Foto ihsan Sinar Online |
Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee tekad meneruskan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah laku sebagai pegawai awam berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tony berkata, saman yang difailkan beliau pada empat tahun lalu itu bukanlah bersifat peribadi tetapi sebaliknya bertujuan bagi memelihara kepentingan awam.
“Bukan untuk saya bagi menyelesaikan secara baik dengan Najib. Ini saman berkait kepentingan orang ramai untuk menyatakan Najib bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami kerajaan akibat tindakannya, sama ada rasuah, khianat amanah atau cuai,
"Najib pula masih bertegas tidak bersalah dan tidak mahu mengaku bertanggungjawab menyebabkan penderitaan rakyat Malaysia.
“Oleh itu tidak ada sebab untuk penyelesaian dijalin. Kami akan maklumkan begitu kepada mahkamah,” katanya seperti dilapor portal FMT.
Sehari sebelumnya, Mahkamah Tinggi mencadangkan kes saman difailkan Tony terhadap Ahli Parlimen Pekan empat tahun lalu itu atas dakwaan melakukan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1MDB diselesaikan secara baik.
Peguam, Tan Cheng Leong yang mewakili Tony berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusof meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.
Turut mengesahkan perkara itu adalah Peguam, Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib yang turut memaklumkan penetapan tarikh 25 Februari untuk pengurusan kes selanjutnya.
Datuk Seri Najib Razak Malaysiakini BM najib razak Politik tony pua