Keluarga Altantuya Shaariibuu mendakwa berlaku konspirasi pembunuhannya dan menuntut ganti rugi RM100 juta. - Foto Upstation Asia
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman sivil terhadap kerajaan oleh ahli keluarga rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijadualkan selama dua hari minggu ini ditangguhkan kerana tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, perbicaraan itu akan disambung pada 22 Feb dimana beliau yang mewakili keluarga itu berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan akhir Februari.
Setakat ini, 15 saksi sudah memberi keterangan bagi keluarga itu.
Bapa Altantuya, Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kerajaan Malaysia, dan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri sebagai defendan dalam tuntutan tersebut.
Keluarga itu, yang mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhan Altantuya, menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.
Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi atas pembunuhan Altantuya dengan cara menembaknya dan kemudian menggunakan bahan letupan untuk menghapuskan mayatnya di sebuah lokasi terpencil di Puncak Alam, dekat Shah Alam.
Mereka berjaya membatalkan sabitan kesalahan tersebut di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan mengembalikannya pada 2015.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir dikeluarkan. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Razak, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Mahkamah memutuskan bahawa tuduhan terhadapnya tidak terbukti dan kerajaan tidak mengemukakan rayuan, tindakan yang mengundang kecaman orang ramai.
Baik Sirul, yang ditahan di sebuah pusat tahanan Australia, mahupun Azilah, yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, tidak mencabar tuntutan keluarga Altantuya tersebut.

altantuya murder altantuya shaaribuu azilah hadri Berita Harian Covid-19 Jenayah Malaysiakini BM Sirul Azhar Umar