oleh Fazli Radzi
Orang ramai hanya menghamburkan kecaman dan menganggap Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu sebagai tin kosong ekoran hanya dilihat sekadar ‘sembang’ seolah-olah memahami masalah rakyat selepas setahun pandemik Covid-19 melanda.
Terdahulu, Azmin menulis adalah penting untuk kita sedar bahawa selain kesan terhadap kesihatan dan ekonomi, Covid-19 turut memberi kesan langsung kepada rakyat.
“Satu orang sahaja hilang mata pencarian akan menjejaskan pendapatan seisi keluarga. Hakikatnya, kehilangan pendapatan untuk seorang pencari nafkah akan menjejaskan kehidupan sekurang-kurangnya empat orang yang lain di dalam sesebuah keluarga,” kata bekas pemimpin PKR yang khianat kepada parti dan Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton itu.
Selepas 14 jam dimuatnaik lengkap poster tertera gambarnya bersama lambang Jata Negara dari Pejabat Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, kenyataan Azmin hanya mengundang lebih banyak tanda ketawa dan marah serta lebih 400 komentar daripada warganet.
Rata-rata reaksi mengkritik Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu dan kerajaan PN termasuk mendesak supaya gaji menteri dipotong sehingga 70 peratus.
Ramai menganggap tindakan Azmin yang kononnya melaungkan soal kehidupan rakyat yang menderita tanda simpati belum cukup menyelami hati rakyat yang terkesan dengan pandemik.
“Gaji menteri kena potong 70 peratus untuk membantu rakyat,” desak Hanafi Japarudin.
Menurut A Nadzir Musa pula pandemik Covid-19 tidak menjejaskan seisi keluarga menteri kerana pendapatan tetap ada walaupun Parlimen digantung berbeza dengan nasib dialami rakyat.
“Gantung sektor ekonomi siapa jadi mangsa? RAKYAT, bukan kau (Azmin). Mata pencarian kau saja tidak terjejas. Nak bantu rakyat apatah lagi. Potong gaji 10 hingga 30 peratus, kau tak nak (lokek@bakhil).
“Tak usahlah kau cakap pasal rakyat jikalau kau pun tak mampu nak membantu rakyat. Apa sumbangan kau terhadap rakyat dikala Covid-19 meresapi di seluruh negeri di Malaysia?” bidasnya lagi.
Deretan kecaman rakyat yang menganggap Azmin dan kerajaan PN gagal menjaga kepentingan rakyat yang terhimpit akibat Covid-19.
Hal sama turut disuarakan Saharuddin Yusoff yang berpendapat adalah lebih baik mengurangkan jawatan menteri memandangkan pendapatan sebagai Ahli Parlimen pun sudah mencukupi musim Covid-19 ini.
“Yang pelik kerajaan sanggup tanggung ramai menteri. Bagusnya kurangkan jawatan menteri-menteri.
“Makan duit wakil rakyat pun dah cukup waktu Covid-19 ini, nak juga buka jawatan menteri banyak-banyak,” tempelaknya.
Sementara itu, bagi Jennifer Lee pula mengecam tindakan menteri kerajaan PN yang gagal mengetengahkan isu rakyat sebelum Parlimen digantung.
“Dewan bersidang selama ini tidak bawa usul. Bila dah darurat Parlimen di gantung barulah buat sibuk pasal Rakyat. Menteri tak guna,” kecamnya.
Tidak kurang juga yang secara sinis berpendapat kesemua menteri kerajaan PN dalam Kabinet bersaiz XXL Muhyiddin Yassin tidak boleh ‘diusik’ kerana akan menjejaskan seluruh keluarga menteri.
“Jadi, apa tindakan tuan? Sudah pasti kita tak boleh jejaskan pendapatan 70 orang menteri ‘kan? Nanti 70 keluarga terjejas,” sindir Qayyim Hafidzi.
Sumber: Malaysia Dateline
Azmin Ali Berita Harian Google News Tag Malaysiakini BM Politik