Trump menerusi laman Twitternya kesal dengan perintah untuk menyekat warga asing khususnya dari tujuh negara yang disenarai hitam tidak dipersetujui.
“Kesal dengan sistem pengadilan. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, salahkan sistem kehakiman negara ini,” katanya.
Menurutnya lagi, keputusan Mahkamah Persekutuan itu hanya membuka peluang kepada pengganas untuk bertindak di luar kawalan.
“Keputusan ini hanya akan menggembirakan si penjahat,” katanya.
Beliau berkata, sekatan yang diperintahkan kepada Kementerian Dalam Negeri sebenarnya akan memberi manfaat kepada AS kerana hanya dapat menyelamatkan negara itu dari sebarang kejadian tidak diingini.
“Keputusan mereka itu hanya menyukarkan,” jelasnya.
Terdahulu, Trump menandatangani arahan eksekutif mengharamkan visa dan juga kemasukan pelarian dari tujuh negara Islam.
Antara negara tersebut adalah Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.
Larangan terhadap tujuh negara ini adalah kerana negara-negara tersebut secara terang-terangan tidak merestui penguasaan AS dan Israel di rantau itu.