Rakyat Malaysia dalang seludup dadah

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:25 PG


BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mendedahkan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia dua minggu lepas didalangi tiga lelaki rakyat Malaysia.

Mereka merancang cubaan menyeludup 226kilogram (kg) dadah jenis "Ice" dan 8kg heroin oleh sekumpulan 21 'keldai dadah' itu ke Malaysia dengan penuh teliti bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Dalam temuramah dengan Bernama, Polis Kol Puttidej Bunkrapue dari Polis Keretapi Thailand berkata bagai

Polis Thai menganggarkan nilai dadah itu bakal mencecah kira-kira RM400 juta (4 bilion baht) apabila mencecah pasaran gelap lebih lumayan di Eropah.
[ads-post]

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu sudah lebih 30 kali memasuki Thailand berdasarkan kepada maklumat Jabatan Imigresen negara itu yang menunjukkan mereka berpengalaman dalam urusan haram itu.

Polis Keretapi Thailand merupakan agensi utama menyiasat kes itu kerana jenayah itu berlaku di laluan kereta api dan mereka yang bertanggungjawab memberkas kesemua 21 "keldai dadah" rakyat Malaysia itu.

Menurut Puttidej, Polis Thailand telah menyerahkan maklumat berkenaan ketiga-tiga dalang utama sindiket dadah itu kepada Bukit Aman bagi membantu usaha memburu mereka di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mokhtar Mohd Shariff berada di Bangkok baru-baru ini.

Puttidej berkata sebagai perancang utama kepada kumpulan besar "keldai dadah" rakyat Malaysia itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah pergi ke Chiang Mai lebih awal bagi melaksanakan urusan pembelian dadah itu.