Tidak hairanlah jika pelumba MotoGP Malaysia Khairul Idham Pawi melarikan diri sewaktu mahu disembur arak kerana itu pesan bapanya selama ini.
Pawi Omar berkata sambutan menyembur arak bukanlah budaya Malaysia, maka anak ketiganya itu dinasihatkan meraikan kemenangannya mengikut budaya ketimuran.
“Mengenai tradisi meraikan kejayaan membabitkan minuman arak, saya pesan kepadanya supaya cuba elakkan.
“Jika hendak meraikan kejayaan sekali pun, tunggu sehingga pulang ke Malaysia dengan cara mengadakan jamuan makan atau kenduri kesyukuran,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Pawi, 52, berkata Khairul atau mesra dipanggil Keon juga sering diingatkan agar tidak meninggalkan solat dan berdoa agar perjalanan kerjayanya dipermudahkan.
Katanya, segala nasihat yang diberikan diterima baik Khairul, yang juga dikenali dengan jolokan Super KIP, ringkasan nama remaja itu.
“Sejak dari awal dia berlumba terutama membabitkan mana-mana perlumbaan di luar negara, saya berpesan jauhi arak dan jaga pemakanan. Saya pesan kepadanya jangan makan daging dan ayam sembarangan.
“Dia seorang anak yang patuh pada orang tua, malah khatam al-Quran serta bangkit solat subuh ketika berada di rumah,” dia dilaporkan berkata.