Meu Peou menceritakan pengalaman menakutkan itu ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan - Gambar AFP |
Meu Peou menceritakan pengalaman menakutkan itu ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan ke atas Nuon Chea, 89, dan bekas ketua negeri Khieu Samphan, 84.
Perbicaraan terhadap bekas pemimpin Khmer Rouge berkenaan adalah memfokus kepada pembunuhan beramai-ramai etnik Vietnam dan minoriti Islam termasuk bangsa Cham.
Menurut Meu Peou, ketika ditahan di Pusat itu, dia masih kanak-kanak dan ditangkap kerana dituduh mengkhianati rejim itu dengan mencuri beras.
Ketika di kem tahanan itulah dia menyaksikan kekejaman Khmer Rouge.
“Wanita itu diminta menanggalkan baju dan badannya dihiris. Darah di merata tempat…hatinya dikeluarkan dan dimasak,’’ katanya.
Meu Peou berkata, dia kehilangan 17 anggota keluarga di tangan rejim terbabit dan bapanya pula mati kebuluran selepas dia enggan makan babi.
“Saya terpaksa memaksa diri makan babi untuk hidup,’’ katanya yang menambah orang Islam sering kali dipaksa keluar dari kampung itu.
Nuon Chea dan Khieu Samphan telahpun dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan lain.
Askar-askar rejim berkenaan turut digambarkan oleh saksi lain sebagai kanibal, termasuk makan hempedu manusia serta membunuh tahanan selepas menjemur mereka di tengah panas.
Dianggarkan dua juta penduduk Kemboja terkorban ketika Khmer Rouge memerintah dari 1975-1979, dengan 100,000 ke 500,000 adalah penduduk Islam dan 20,000 orang Vietnam. - Agensi