Wanita Kait Baju Guna Lebihan Rambut Gugur Sejak 20 Tahun Lalu

Ana Ghoib Syeikh Malaya 9:01 PTG

SEORANG wanita warga emas dari Romania, Ortansa Pascariu mencipta kelainan dalam koleksi pakaian vest, apabila menggabungkan helaian rambut gugurnya menjadi sehelai baju yang cantik.

Menurut Ortansa, 60, dia mula menyimpan rambutnya yang gugur setiap kali selepas sikat sejak 20 tahun lalu.

Ini kerana mengikut kepercayaan masyarakat di sana, setiap rambut gugur perlu disimpan dan tidak sesekali dibuang kerana ia boleh ‘memudarkan’ kecantikan wanita selain membuang ‘nasib baik’ seseorang individu.
[ads-post]

“Saya dengar petua itu daripada kawan yang lebih tua, agar jangan buang rambut gugur setiap kali lepas sikat rambut. Saya simpan rambut sejak umur 40 tahun dan berjaya kumpul sebanyak satu kilo rambut, cukup untuk hasilkan satu baju vest,” katanya.

Namun begitu, Ortansa tidak memakai baju tersebut sebaliknya memberikan hasil tangannya itu kepada sebuah muzium tempatan untuk dipamerkan kepada pengunjung bagi melihat secara dekat keunikan baju yang dikait dengan menggunakan rambut sahaja! - myNewsHub