Kucing Bergaya Pakai Cermin Mata Jadi Trend Terbaru

Ana Ghoib Syeikh Malaya 12:22 PG

Bukan manusia sahaja yang boleh mengecap glamor dan menjadi sensasi Internet, sebaliknya binatang pun tidak terkecuali tau.

Bagel, yang dikenali sebagai Kucing Berkaca Mata Hitam menjadi selebriti media sosial selepas aksinya berkaca mata mendapat perhatian netizen.

Sebenarnya, keadaan mata yang tidak berapa sihat telah memaksa tuan Bagel memakaikannya kaca mata hitam.

Karen McGill menjumpai haiwan comel itu ketika berusia dua bulan dan sejak itu mula menjaganya dengan menitik beratkan penjagaan mata kerana Bagel mengalami masalah di bahagian tersebut.
[ads-post]


Untuk melindungi mata sensitif Bagel daripada terik mentari dan habuk serta debu, Karen mendapat idea menggunakan kaca mata hitam.

Setakat ini, Bagel atau nama timangannya, sunglasscat sudah mengumpul hampir 31,000 pengikut di laman Instagram yang terhibur dengan gelagat lucunya bersama aksesori kaca mata hitam ‘bling-bling’.