Kepala Ayam 'Bukan Najis' Boleh Dimakan Orang Islam, Kata Datuk Hassan Mahmud

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:05 PG

Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.
SEPERTI organ dalaman haiwan yang lain, kepala ayam juga boleh dimakan kerana ia bukannya najis.

Menurut pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz, kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukan najis seperti mana bulu dan kuku haiwan.

Kepala ayam boleh dimakan sekiranya dibersihkan dan dibuang bulu terlebih dahulu.

“Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula? Boleh, asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar, selain dimasak dengan cara betul,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Penerangan pendakwah itu adalah susulan viral di laman Facebook menunjukkan gambar sup soto yang mengandungi kepala ayam.

Gambar tersebut mencetuskan perdebatan hebat sama ada kepala ayam boleh dimakan atau tidak menurut hukum Islam.
[ads-post]